Pertubuhan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat

Prajurit tentera Darat Indonesia

Ibu pejabat Angkatan Darat berada di bawah koordinasi dengan Ibu Pejabat TNI. Panglima Angkatan Tentera Darat iaitu disebut, Kepala Staf Angkatan Tentera (KSAD), adalah pegawai bertaraf empat bintang yang berpangkat Jeneral yang mengketuai Angkatan Darat TNI di bawah naungan Panglima TNI.

Panglima Angkatan Darat

Kedudukan tertinggi di Tentara Darat TNI ialah disebut Kepala Staf Angkatan Darat, biasanya dipegang oleh pegawai berpangkat Jeneral empat bintang.

Kepangkatan

Dalam Angkatan Tentera Darat, seperti di cawangan lain, pangkat terdiri daripada Pegawai, Bintara (setaraf Sarjan) dan Tamtama (setaraf Prebet). Pangkat tertinggi dalam Tentara adalah Jenderal Besar dengan lima bintang. Sehingga kini hanya terdapat 3 pegawai tentera yang dianugerahkan pangkat lima bintang. Mereka adalah:

Komando Utama Pembinaan

Anggota tentera Darat daripada Kor Strategik (Kostrad) Angkatan Darat TNI semasa latihan anti-terror

Badan-badan ini bertindak seumpama Perintah Pembimbing Utama yang terdiri daripada:

  • Kostrad, (Kor Strategik Angkatan Darat)
  • Kodiklatad, (Perintah Pembangunan Doktrin, Pendidikan dan Latihan Tentera)
  • Kopassus, (Komando Pasukan Khas Angkatan Darat)
  • Kodam, (Perintah Tentera Serantau)

Perintah Tentera Wilayah

Ibu Pejabat Tentera Wilayah "Kodam Jaya" yang berkedudukan di Jakarta

Tingkatan Tentera Wilayah

Di Indonesia, tentera memeluk sistem "Tentera Wilayah" (Territorial Army) iaitu yang berasal daripada sistem Ketenteraan Jerman yang diketahui sebagai Wehrkreise system.

  • KODAM: Komando Tentera Daerah (peringkat Provinsi) - yang dipimpin oleh seorang Mejar Jeneral
  • KOREM: Komando Tentera Resort (Meliputi kawasan atau kediaman yang besar) - diperintahkan oleh seorang Kolonel atau Brigedier Jeneral
  • KODIM: Komando Tentera Distrik (Tingkat bandar atau Kabupaten) - diperintahkan oleh Leftenan Kolonel atau Kolonel
  • KORAMIL: Komando Tentera Rayon (peringkat kecamatan) - diperintahkan oleh Kapten atau Mayor

Agensi Pelaksana Pusat

Anggota Polis Tentera Indonesia
  • Pusat Polis Tentera Darat
  • Pusat Perisikan Angkatan Darat
  • Pusat Penerbangan Tentera
  • Pusat Teritorial Angkatan Darat
  • Pusat Kesihatan Angkatan Darat
  • Direktorat Topografi Tentera
  • Direktorat Bantuan Am Tentera Darat
  • Direktorat Perbendaharaan Tentera
  • Direktorat Kor Jurutera Tentera (di TNI disebut: Zeni)
  • Direktorat Pengangkutan Angkatan Darat
  • Direktorat Semboyan Angkatan Darat
  • Direktorat Undang-undang Tentera
  • Direktorat Peralatan Angkatan Darat
  • Perkhidmatan Maklumat Tentera
  • Jabatan Psikologi tentera
  • Perkhidmatan Maklumat Tentera dan Pemprosesan Data
  • Jabatan Tentera Darat
  • Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan Tentera
  • Perkhidmatan Latihan Mental Angkatan Tentera
  • Pejabat Hal Ehwal Angkatan Darat
  • Kakitangan dan Sekolah Perintah Tentera
  • Akademi Tentera
  • Sekolah Calon Pegawai Tentera